Lompat ke isi kandungan

Apa yang dimaksudkan dengan Pemasaran Emel?

Jun 22, 2010

Apabila kita bercakap tentang pemasaran emel, terbayang di kepala tentang begitu banyak cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pemilik-pemilik bisnes. Hakikatnya, sama seperti lain-lain strategi pemasaran, terdapat kelebihan dan kelemahan dalam progress pemasaran emel yang perlu diharungi.

Pemasaran emel ialah penggunaan ‘electronic mail’ atau kemudahan emel untuk mencapai prospek atau pembaca di seluruh dunia bagi tujuan promosi produk atau servis. Dengan ringkas, ianya adalah pemasaran melalui emel. Pemasaran emel juga mempunyai potensi untuk menjadi satu teknik pemasaran yang sangat relevan kerana ianya dikenali sebagai satu proses bertukar maklumat dan respon di antara pemilik bisnes dan pelanggan.

Pemasaran emel juga tidak terkecuali daripada mendapat persepsi negatif dari masyarakat. Ramai juga pemilik emel yang merasa kurang selesa dengan pemasaran emel yang kemudiannya mengategorikan emel-emel komersial itu sebagai spam. Bagaimanapun, sekarang ini para pengguna Internet mempunyai pilihan untuk menetapkan emel jenis apakah yang mereka ingin terima di inbox mereka.

Pengertian alternatif bagi pemasaran emel ialah apabila sesebuah syarikat atau pemilik bisnes yang menggunakan emel untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Semua ini dilakukan dengan niat untuk terus ‘menambat’ pelanggan tersebut dan menjadikannya sebagai pelanggan setia mereka.

Pemasaran emel, mengikut mana-mana definisi, adalah menuntut kesetiaan dan naungan. Jika pemasaran emel digunakan terhadap klien yang berpotensi untuk menjadi pelanggan, maka peranan yang harus dimainkan oleh strategi itu ialah cuba untuk mengubah klien tersebut kepada pelanggan. Jika klien yang sedia ada sentiasa menerima tawaran-tawaran atau maklumat-maklumat yang berguna maka dia akan terus tetap bersama bisnes tersebut.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan komen