Skip to content

Contoh Soalan Dan Jawapan Untuk Peperiksaan Bertulis SPA Gred 41

Jika anda masih tercari-cari apakah rujukan yang  sesuai untuk Peperiksaan Bertulis Gred 41 atau Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 yang bakal berlangsung seperti saya bagi tujuan persediaan peperiksan, saya sarankan anda melawat blog ini. Sempoi tapi cukup bermanfaat untuk dibaca.

Ketika membuat carian di internet tadi, saya terjumpa satu rujukan lengkap untuk kita yang bakal menduduki peperiksaan memasuki perkhidmatan awam gred 41 ini dan hasil sedikit kajian dari saya di forum-forum, saya dapati banyak feedback yang positif melalui ruangan komen. Anda boleh semak sendiri di blog ini atau kalau itu tidak boleh anda buka, cuba pula blog yang ini. Saya dah beli pakej rujukan yang dia sarankan. Memang mantap dan berbaloilah. Rasa lebih yakin nak duduk exam.

Saya yakin dan tak syak lagi, rujukan ini bakal membantu persediaan saya untuk peperiksaan akan datang dan saya gembira untuk kongsikan info ini dengan anda juga. Harap-harap kita boleh berjaya nanti.

Oh ya, di mana agaknya lokasi peperiksaan anda? Lokasi saya di kampung, silap pula tak letak alamat rumah, ye lah takut surat panggilan tak sampai, tu  yang letak alamat kampung. Tapi at least boleh juga balik kampung kan? Anda pula bagaimana?

Sebenarnya, kebanyakannya gagal hanya kerana mereka tidak tahu situasi sebenar dan tiadanya rujukan yang khusus tentang bagaimana peperiksaan tersebut. Jika anda ingin berjaya dalam peperiksaan tersebut, anda harus buat satu persediaan yang rapi dan khusus.

Anda pun tahukan syarat dan ujian kemasukan ke jawatan Gred 41 pada tahun 2010 ni diketatkan sedikit dan kita harus melalui Ujian Bertulis yang dahulunya hanya untuk beberapa jawatan sahaja seperti M41 dan S41. Fuh.. Harap-harap lulus la tahun ni. Amin.

Advertisements

Jana Wang Tanpa Produk Sendiri

Hari ini  pernigaan internet terutama di negara kita sendiri Malaysia semakin hari semakin berkembang. Purata peningkatan pengguna di internet juga meningkat 200% ke 300% dalam setahu. Ia satu tanda positif kepada usahawan perniagaan internet /online. Perniagaan internet ini juga turut mendapat sokongan daripada kerajaan diantaranya  penambah baik sistemm talian internet yang semakin hari semakin pantas untuk tujuan berurusan.

Pelbagai produk yang kita boleh lihat sekarang didalam dunia online ini tidak kira produk digital mahupun produk fizikal. Tetapi  masih ramai lagi yang hanya melihat dan menunggu. Kenapa perkara ini berlaku ya..  anda takut hendak bermula?  Tiada panduan ?  tidak ada produk?

Sebenarnya ada kaedah untuk anda bermula tapi itu juga terpulang pada anda ingin bermula ataupun tidak.  Salah satu kaedah  dan juga salah satu jalan pintas  untuk anda memulakan perniagaan di internet adalah mendapatkan produk reseller dan terus promosikannya.  Saya juga tahu mesti ada sesetangah diantara anda tidak tahu apa produk reseller. Produk reseller adalah produk yang dibenarkan kepada kita menjual produk seperti produk kita sendiri  . kebanyakan produk reseller ini adalah produk digital seperti eBook ,Grafik, skript, video dan audio. Hasil jualan yang kita perolehi kita tidak perlu kongsikan kepada pemilik asal produk  dan ini bermakna kita akan dapat 100% keuntungan jualan. 

Produk reseller ini juga akan disertakan dengan lesen hak jualan yang mempunyai syarat- syarat tertentu supaya kualiti dan kandungan sesuatu produk akan terjaga dan terjamin. Salah satu syarat tersebut seperti produk tidak boleh diberikan secara percuma , produk tidak boleh dijual pada site lelongan dan beberapa lagi syarat. Lesen hak jual pula terbahagi kepada 3 jenis lesen iaitu :

1.Resale Right (RR)
2.Master Resale Right (MRR)
3.Private Label Right (PLR)

Resale Right adalah produk dimana kita berhak menjual kembali produk tersebut  tanpa mengubah kembali produk tersebut seperti isi kandungan produk , nama pencipta produk dan syarat lain lagi. Keuntungan semestinya 100% kita akan perolehi.

Master Resale Right pula kita berhak untuk menjual lesen resale right dan produk . Kebenaran yang diberikan pada produk sama juga seperti lesen RR  , tidak boleh mengubah isi kandungan , nama pencipta. Keuntungannya lebih besar dari produk RR .

Private label right berbeza sedikit dengan lesen RR dan MRR kerana produk ini memberi banyak kebenaran untuk mengubah isi kandungan , nama pencipta menjadi nama anda sendiri  dan sebagainya. Keuntungan sangat tinggi  daripada lesen RR dan MRR. Lesen PLR ini juga  adalah lesen hak jualan yang sangat digemari oleh ramai usahawan internet..

Jadi saya rasa elok pada mereka yang tidak mempunyai produk atau buntu untuk bermula dengan perniagaan internet  mencuba produk reseller kerana anda tidak pening-pening untuk memikirkan produk apa yang perlu anda jualkan.kerana semua telah tersedia seperti minisite , banner, article promosi dan tool-tool lain untuk tujuan promosi.

Saya juga syorkan pada anda jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet dengan produk reseller elok  dapatkan panduan yang menbantu anda dalam perniagaan ini. Salah satu panduan yang berkesan adalah ebook  rahsia reseller.  Apa yang ditunjukkan dalam ebook ini seperti ialah;

•  Pengenalan Reseller – Pengertian Right, jenis produk dsb
•  Teknik Mengkaji Permintaan –  Cara membuat kajian
•  Teknik Mencari Produk Reseller – Mencari ikut keyword, produk, pakej dsb
•  Teknik Mengubah Produk Reseller – Membuat perubahan baru pada produk
•  Teknik Promosi – Teknik promosi menggunakan beberapa kaedah marketing

Anda boleh lihat dahulu ulasan dan review mengenai eBook Rahsia Reseller tersebut untuk lebih detail..

Perniagaan Internet Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Untuk memilih jenis perniagaan mana yang sesuai, anda perlu menimbangkan beberapa faktor. Antaranya :

1. Minat

2. Kemahiran @ Ability

3. Potensi

4. Komitmen Masa

Faktor di atas adalah amat penting untuk memastikan anda terus bermotivasi menjalankan perniagaan internet anda. Jangan melakukan sesuatu di luar kemampuan anda. Kalau anda boleh memulakan perniagaan yang berkaitan dengan minat anda, pastinya anda mempunyai momentum yang tinggi untuk pergi jauh dalam bidang tersebut.

Kemahiran pula anda boleh pelajari dalam proses menjalankan perniagaan internet itu nanti. Tapi, kalau anda memang dah ada skill tertentu, seperti expert dalam programming atau designing, memang anda terus boleh buat duit!

Potensi dalam sesuatu bisnes tu juga perlu anda timbangkan. Apakah group market yang anda hendak promosikan? Samada dalam Malaysia sahaja atau international.

Apabila anda mengetahui potensi sesuatu bisnes itu, maka anda boleh tahu sejauh mana bisnes anda boleh pergi.Planning adalah penting dalam sesuatu bisnes itu.

Komitmen masa juga perlu anda berikan perhatian. Berapakah masa yang boleh anda peruntukkan dalam sehari? Kalau anda masih bekerja, anda perlu memilih perniagaan yang tidak memerlukan komitmen yang tinggi.Mungkin hanya perlu 1-3 jam sehari. Tetapi, semakin lama anda buat bisnes internet ini, anda akan semakin mahir bagaimana untuk automasikan bisnes anda.

Apa yang anda perlukan sekarang ialah bertindak!. Saya sudah memberikan anda idea dan cadangan bagaimana untuk menjana pendapatan dari internet dengan kapasiti yang anda ada. Pilih la model perniagaan yang paling mudah dan senang di lakukan dahulu.

Selain dari idea yang saya terangkan di atas, sebenarnya anda boleh menjalankan apa sahaja perniagaan secara online di internet. Jual Kain Batik? Jual Tudung? Boleh, apa sahaja perniagaan anda boleh buat di internet. Internet ini sebenarnya hanyalah suatu medium sahaja.

Anda juga perlu melakukan promosi secara berterusan seperti mana perniagaan offline yang lain. Konsepnya sama cuma medium sahaja yang berbeza.Tetapi cara promosinya juga berbeza dengan perniagaan offline yang lain. Sekiranya anda mahir dalam bab marketing dan promosi ini, maka anda boleh menjalankan sebarang perniagaan di internet. Sebab itulah perniagaan internet ini juga sinonim dengan panggilan “Internet Marketing”.

Nak Jual Apa? Apa sahaja yang mempunyai demand di pasaran internet. Jual tudung online, batik, pakaian, dan apa sahaja.

Anda boleh menjual produk atau menawarkan servis seperti berikut :

Batik

Tudung

Baju

Aksesori

Insurans

Mendirikan free classified

Mendirikan website direktori

Ebook ‘How To’

Barang-barang terpakai

Buku

Handphone/Prepaid

Barang-barang komputer

Servis Terjemahan

Servis Web Designing

Servis Logo/Banner Designing

Video Creation Service

Potrait/Lukisan/kartun

Hosting/Domain

Cenderhati

Kraftangan

Sevis menulis salesletter – surat jualan

Ebook Tips & Rahsia

Secara ringkasnya, anda boleh menjalankan sebarang perniagaan di internet. Tetapi, pastikan produk atau servis yang anda tawarkan mempunyai permintaan di pasaran online. Lakukan promosi setiap hari.

Siri Panduan Asas Perniagaan Internet

Hari ini saya hendak mempelawa para pembaca yang mahu memulakan perniagaan Internet untuk mendapatkan tiga siri laporan percuma yang baru saja saya siapkan. Laporan tersebut ialah;

1. Panduan Asas Promosi Affiliate

– Penerangan mengenai asas affiliate secara ringkas. Apa itu affiliate? Bagaimana menyertainya? Bagaamana cara mempromosikan link affiliate anda? Semua ada di sentuh di sana.

2. Panduan Asas Menulis Salesletter

– Apa pula salesletter ni? Bukan. Bukan surat cinta. Tapi surat jualan. Ini adalah elemen yang penting untuk dikuasai. Sebagus mana pun produk anda, ia tidak dapat dijual jika bakal pembeli anda tidak terpikat dengan ayat di laman web jualan anda. Kira ayat power la. Kuasai kemahiran ini dengan baik, kalau nak upah pakar menulis pun boleh tapi kos juga. Nak murah sikit. Boleh upah saya. Hehee..

3. Panduan Asas Joint Venture

– Anda boleh hasilkan seberapa banyak produk. Anda boleh tulis seberapa banyak surat jualan yang membunuh. Anda boleh kumpul list seberapa banyak pun. Tapi itu semua masih tidak akan setanding dengan kehebatan yang dibawakan oleh kuasa JV. Ingat JV bermakna anda menguasai Glamor, Kredibiliti dan List yang sangat-sangat besar! Walhasilnya, jualan anda akan meledak!

Anda hanya perlu masukkan nama dan email utama sahaja kemudian tekan hantar. Laporan-laporan itu akan dihantar kepada anda secara bersiri bermula hari anda mendaftar. Maklumat lanjut di sini.

Mudah-mudahan bermanfaat ya..

P/s Setakat ini sudah ada 75 orang mendapatkan siri panduan asas itu.

Bagaimana Membina Kekayaan Yang Tulen Dan Hakiki?

Info kali ini khas kepada mereka yang sudah berkerjaya, yang giat membina karier dan mencipta masa depan. Jika anda termasuk dalam kelompok ini. Memang kena la post ini ye.. 🙂

Info ini berkaitan pelaburan. Jangan takut. Sudah pasti saya tidak akan menyarankan mana-mana pelaburan haram yang dikendalikan oleh jembalang bermata satu (penipu la maksudnya tu) atau mana-mana pelaburan yang akan menjanjikan keuntungan besok pagi. Biasanya pelaburan yang saya buat memakan sedikit masa. Sudah pastilah begitu kan. Melainkan orang yang tidak pernah belajar mengenai pelaburan. Yang main hentam keromo saja. Kalau tidak, mereka pasti sedar pelaburan memang memerlukan dua perkara ini, yakni ‘masa’ dan ‘risiko’. InsyaAllah kalau panjang umur, saya akan menerbitkan artikel khas memperkatakan hubungan masa dan risiko dengan pelaburan pada lain masa.

Jadi pelaburan yang saya maksudkan hari ini ialah komoditi emas.

Emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai contoh;

Harga untuk 1 auns (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:

18/07/2001 ialah RM1082.00

07/06/2008 ialah RM3048.00!!

Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata pulangan 25.95% setahun! (nak tahu, saya beli baru-baru ini sekitar akhir 2009 harganya sudah mencecah RM4072. Mak.. aih.. lambat sikit pun tak boleh la emas ni).

Sejarah membuktikan, harga emas tidak pernah turun dalam jangkamasa panjang. Tidak pernah! Untuk jangkamasa pendek? Iya.. memang harga emas turun naik dan agak spekulatif. Tapi secara keseluruhan memang emas tiada tandingan. Pencabar terdekatnya pun mungkin cuma hartanah. Hehee..

Biar saya berterus terang saja, kalau inginkan keuntungan cepat atau margin tinggi dengan segera, emas memang tidak sesuai. Tapi kalau mahu membina portfolio yang unggul, mempelbagai, kukuh dan stabil. Sila masukkan sekali emas dalam perancangan kewangan. Emas ialah penyimpan kekayaan sebenar. Percaya cakap saya.

Dalam keadaan darurat dan peperangan – wang kertas tidak laku manakala hartanah pula tidak boleh dibawa berhijrah. Tapi hanya emas yang boleh membantu pada masa itu. Dan emas laku dimana-mana negara yang kita singgahi semasa menjadi pelarian itu nanti.

Namun tahukah bagaimana cara untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita?

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia. 

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas

2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank

3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank

4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank

5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan

Apakah pelaburan emas yang terbaik? Dimana mendapatkannya? Apa pula pelaburan emas yang terburuk? Untuk menjawab kesemua persoalan itu, saya terpaksa menulis sebuah eBook yang agak tebal dan sudah pasti berbayar.

Kalau anda mahu melihat perbandingan yang lebih jelas antara wang dan emas, boleh baca di sini.

Review Mengenai Sistem Kedai Online Niagakit

Oh.. tajuk pun sudah jiwang semacam saja. Apakah ini merupakan post-ku yang paling romantis? Oh.. (saya sudah tersampuk dengan tagline Labanon ini). Siapa Labanon? Boyfriend Si Niagakit tu la.. benci I huh.. :p

Ini mengenai perniagaan menjual produk fizikal sendiri. Kedai online sendiri. Iya.. kedai anda. Kalau di dunia offline – lot kedai la. 

Jadi kali ini saya mahu bercerita sepintas lalu mengenai buah hati rebutan para pemilik perniagaan di Internet. Seorang awek yang chantek ehem..ehem.. Namanya cik Niagakit.

Cik Niagakit ini sebenarnya salah satu sistem kedai online yang terawal di Malaysia. Baiklah.. saya serius bercerita kali ini. Sistem kedai online Niagakit ini dibangunkan oleh usahawan internet (Team Flarebiz) untuk membantu individu yang berminat untuk menjual produk mereka secara online. Hanya usahawan internet yang sebenar memahami apa yang diperlukan oleh seseorang individu untuk menjual produk secara online. Dengan sistem Niagakit semuanya menjadi mudah dan ringkas. Pengguna boleh melakukan semuanya sendiri bermula dari menyenaraikan produk sehinggalah memproses tempahan. Para pengguna juga tidak perlu lagi membazir masa dan wang ringgit untuk memilih sistem kedai online yang selaras dengan kehendak pasaran tempatan.

Saya terpaksa mengatakan jika anda benar-benar mahu membina satu perniagaan yang kukuh di Internet, anda memerlukan satu sistem kedai online yang mantap dan memenuhi hampir kesemua keperluan pelanggan anda. Dan niagakit pula menepati keperluan anda sebagai peniaga. Ya.. saya tahu anda masih ragu dan kurang percaya bukan? Jadi lihat di bawah, sama ada soalan anda terjawab atau tidak. Bukan saya yang jawab soalan tu. Boyfriend si Niagakit tu yang jawab. Hehee.. Jika masih ada yang anda musykil. Letakkan saja pertanyaan anda di ruangan komen ya.. kali ini saya yang tolong jawab.

*Sila lawati blog rasmi kami untuk review penuh tetapi santai mengenai Niagakit ini.. 🙂

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian II

Idea 11

MLM.Anda juga boleh menjalankan perniagaan MLM atau Multi Level Marketing. Dengan jumlah pengguna internet yang besar,pastinya memberi kelebihan untuk anda mencari prospek baru dengan cepat.Saya mengenali seorang usahawan MLM yang telah berjaya rekrut sebanyak 215 orang dalam masa 4 minggu sahaja. 4 minggu selepas itu, angka tersebut bertambah menjadi 305 orang. Anda rasa, nak mencari 305 ini dengan offline marketing, agak-agak berapa lama masa yang anda ambil?

 

Idea 12

Consulting/Coaching. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, anda boleh tawarkan servis consulting ini. Anda boleh berikan tunjuk ajar kepada pelanggan anda melalui YM atau email. Selalunya caj consulting ini adalah lebih mahal harganya berbanding dengan harga ebook kerana anda memberikan servis ini secara one-to-one.

 

Idea 13

Google Adsense.Adsense juga merupakan salah satu cara menjana pendapatan dari iklan. Anda akan dibayar sekiranya pelawat anda klik iklan yang dipaparkan di website anda. Semakin tinggi jumlah visitor, maka semakin tinggi peluang untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dari Adsense ini.

 

Anda boleh mencari maklumat lebih lanjut di:

 

 

 

 

 

 

 

Gambar adsense

 

Idea 14

Blogging. Menjana pendapatan dari blog merupakan trend terkini dalam dunia internet sekarang. Terdapat pelbagai cara untuk anda menjana pendapatan dari blog. Contohnya, jual ruang iklan, membuat review produk, affiliate, dan sebagainya. Anda boleh menggunakan WordPress atau Blogspot sebagai platform blog anda. Maklumat lanjut tentang buat duit dengan blog ini anda boleh dapatkan di forum-forum komuniti.

 

 

 

 

 

 

 

Idea 15

Freebies. Ia bermaksud anda memberikan sesuatu dengan percuma. Orang memang suka benda yang percuma ni. Cari benda yang orang suka. Contohnya ebook free, software free, tools free, dan lain-lain lagi.Sekiranya benda yang anda berikan secara percuma itu berkualiti menyamai produk yang berbayar, pastinya ia akan menaikkan nama dan kredibiliti anda. Orang ramai akan sentiasa datang berulang kali ke website anda. Jadi, dengan jumlah trafik yang tinggi, pastinya anda dapat menjana pendapatan yang lumayan.

 

Idea 16

Penulisan artikel. Dalam dunia internet, content adalah raja segalanya. Maksudnya, sekiranya website anda mempunyai kandungan yang unik, fresh, pastinya akan menarik ramai visitor ke website anda. Tetapi, tidak ramai yang mempunyai kemahiran menulis ini. Jadi, anda boleh menawarkan servis ini kepada mereka yang memerlukan kandungan yang unik. Rate yang rendah dalam lingkungan $0.01 cent per word.Jadi, dengan menulis 500 patah perkataan, anda akan menerima $5, bersamaan dengan RM18.

 

Idea 17

Designer. Ini adalah antara jenis perniagaan yang menguntungkan. Sekiranya anda mempunyai kemahiran yang tinggi dalam grafik design,web design, anda boleh menawarkan servis ini kepada orang ramai. Selalunya logo atau banner yang simple, orang sanggup bayar dalam lingkungan $10-20$. Kalau servis web design,pastinya harganya adalah lebih mahal bahkan boleh mencecah ribuan ringgit hanya untuk website yang mengandungi 2-3 page sahaja.

 

Idea 18

Pay Per Install (PPI). PPI ini juga adalah salah satu jenis program affiliate juga tetapi sedikit berbeza. Anda tidak perlu melakukan jualan untuk mendapatkan income dari program PPI ini. Anda akan dibayar apabila pengunjung website anda download dan install sesuatu application ke dalam komputer mereka.Contoh program yang anda boleh sertai ialah ZangoCash

 

Idea 19

Menjual semula produk PLR.Apakah PLR? PLR bermaksud Private Label Rights. Sekiranya anda membeli produk yang mempunyai lesen PLR ini, maka anda boleh menjual semula produk itu dengan mendapat keuntungan 100% dan boleh mengubah nama penulis asal produk tersebut dan meletakkan nama anda sebagai penulis ebook itu.Konsep perniagaan ini lebih kurang sama dengan reseller produk,cuma yang bezanya ialah anda diberi kebebasan 100% untuk mengubah kandungan ebook berkenaan.

Idea 20

Membina membership program. Ini juga antara cara menjana pendapatan yang lumayan dari internet. Konsep bisnes ini ialah anda mengenakan caj kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli samada monthly atau yearly caj.Anda harus mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang yang mana maklumat yang anda tahu tidak boleh dijumpai di mana-mana. Sekiranya tips-tips dari anda memang berkualiti, ini akan menambahkan bilangan ahli anda dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

Contoh laman membership menguruskan badan

 

Bagaimana?Adakah anda sudah menjumpai bisnes mana yang hendak anda mulakan?

 

Jadi itulah dia 20 Idea contoh bagaimana anda boleh menjana pendapatan dari Internet. Terdapat banyak lagi program yang anda boleh sertai. Semakin lama anda dalam dunia perniagaan internet ini, makin banyak peluang yang akan anda jumpa.

Mini PPL Keajaiban Penjimatan Dot Com?!

Jadi di sini saya akan terangkan dengan lebih jelas apakah jenis cabaran ini. sebenarnya? Hehee.. Ia sama saja dengan mana-mana cabaran PPL sebelum ini. Bezanya hanya tempoh masa cabaran saja. Saya pendekkan. Selalunya cabaran PPL adalah selama 30 atau 40 hari (hadiah pun lebih lumayan juga). Bergantung kepada penganjurnya. Tapi PPL saya yang anda bakal promosikan ini pula hanya selama 7 hari sahaja. 

Iya.. seminggu kemudian jika anda berjaya menghasilkan leads terbanyak, akan menjadi pemenang dan saya akan bayar. Kira ini macam wang pantas juga la..

Maklumat asas; 

1. PPL ini akan diadakan selama seminggu sahaja, sebab itu ia dipanggil Mini Cabaran PPL Keajaiban Penjimatan Dot Com.

2. Syarat kelayakan sebagai pemenang ialah mendapat minimum 20 leads.

3. Pemenang dikira dengan jumlah leads yang paling tinggi.

 

4. Hadiah yang kami tawarkan; 

Tempat pertama       – Rm50

Tempat kedua          – Rm30

Tempat ketiga           – Rm20 

 

 

Hanya tiga hadiah itu sahaja yang kami tawarkan untuk mini cabaran kali ini.

 

Jika para pembaca berminat, boleh daftarkan diri sebagai peserta di;

Blog rasmi kami –  Julmazli Dot Com

Sebagai makluman awal, pemenang Mini PPL ini dikira dengan berdasarkan leads terbanyak. Tetapi dengan syarat melepasi 20 leads kelayakan minimum. Hanya 3 pemenang dipilih dan berlangsung selama 7 hari sahaja.

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian I

Saya akan senaraikan 20 idea menjana pendapatan dari internet yang boleh anda tiru dan ikut. Mungkin ada yang sesuai dengan minat atau kemahiran anda. Ada yang memerlukan modal untuk anda mulakan dan ada juga tidak memerlukan sebarang modal.

Ada yang memerlukan kemahiran anda untuk menulis dan ada juga yang tidak memerlukan sebarang website untuk menjana pendapatan.

Jom!

Idea 1

Dropshipping bisnes. Ia membolehkan anda menjual produk fizikal tanpa perlu menyimpan stok. Anda boleh mendirikan sebuah online store yang mempunyai ratusan produk tanpa perlu menyimpan stok. Dropshipper akan menghantar pesanan yang dibuat terus ke pelanggan anda.Anda hanya perlu promosi dan dapatkan jualan. Stok dan penghantaran akan diuruskan oleh dropshipper itu sendiri. Sesuai untuk mereka yang meminati jualan produk fizikal. Ebay dan lelong dot com adalah contoh laman yang membolehkan anda menggunakan teknik dropshipper ini.

Idea 2

Menjual barangan di ebay. Ebay merupakan satu tempat jual beli barang yang mempunyai jumlah visitor yang tinggi setiap hari.Anda boleh menjual sebarang produk di sini.

Screenshot Ebay.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Idea 3

Sertai program affiliate. Anda boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan menjual produk orang lain. Terdapat ribuan produk yang boleh anda promosikan. Kaji produk mana yang mempunyai demand yang tinggi di pasaran.Antara program affiliate yang boleh anda sertai ialah ClickBank, CommisionJunction (CJ) dan sebagainya.

Screenshot clickbank.

 

 

 

 

 

 

 

 

Idea 4

Jual ruang iklan. Sekiranya anda mempunyai website yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi,anda boleh menjual ruang iklan di website anda. Idea ini juga boleh diaplikasikan dalam newsletter seperti yang telah saya terangkan sebelum ini.Semakin tinggi jumlah visitor anda, maka semakin tinggi caj yang anda boleh kenakan.

Contoh ruang iklan di blog:

 

 

 

 

 

 

 

Idea 5

Menjual produk reseller dan mendapat keuntungan 100%. Idea ini telah saya terangkan sebelum ini. Malangnya, di Malaysia pihak yang menyediakan produk berserta lesen PLR, MRR atau RR agak kurang dan sukar untuk dicari. Anda boleh mendapatkan produk MRR ini di membership site atau di laman-laman web yang menjual produk ini secara pakej.

Idea 6

Menjual ebook. Produk informasi merupakan produk yang terlaris di pasaran dan telah terbukti menghasilkan pendapatan yang lumayan.Cari tajuk yang hangat di pasaran. Pastikan anda menulis sesuatu yang anda tahu dan melakukan kajian yang terperinci terlebih dahulu. Jika anda mengeluarkan ebook yang berkualiti, pastinya akan meningkatkan lagi kredibiliti anda di dalam dunia perniagaan internet ini. Ini antara contoh ebook yang telah dihasilkan oleh IM dari Malaysia.

Idea 7

Mendirikan Forum Komuniti. Anda juga boleh mendirikan website yang bercirikan forum komuniti.Anda haruslah memilih satu tema untuk forum anda. Penglibatan yang aktif dari ahli-ahli forum akan menaikkan nama forum anda dan pastinya anda dapat menjana pendapatan dari segi pengiklanan atau membership program.

Idea 8

Jual beli domain. Domain adalah perkara paling penting perniagaan internet. Domain yang pendek dan ringkas sentiasa menjadi rebutan para usahawan internet. Domain seperti Business.com pernah dijual pada harga USD7 Juta!.

Idea 9

Menjadi Freelancer. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual atau kekurangan modal untuk memulakan perniagaan internet ini,anda boleh cuba menjadi freelancer. Tiada kos yang diperlukan. Anda boleh mencari job di website seperti Elance.com atau GetAFreelancer.com. Banyak kerja yang anda boleh dapatkan di sana.. Selain dari website freelance ini, anda juga boleh dapatkan kerja-kerja freelance ini di forum-forum komuniti, contohnya WangCyber.com

Cari di bahagain Buy Sell Trade – dService

Antara job yang boleh dapatkan di sini seperti terjemahan, penulisan artikel, memberi komen di blog,upload video ke youtube dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai ilmu tentang internet marketing di forum ini.

Idea 10

Programmer.Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam bidang programming, anda boleh menawarkan servis anda kepada webmaster yang memerlukan khidmat anda. Anda juga boleh mengeluarkan software free untuk mencipta nama dan kredibiliti.Tidak ramai yang tahu bahasa programming ini, jadi, peluang untuk anda buat duit memang tinggi.Anda juga boleh mencari kerja di website freelance/forum..

Sekian dahulu untuk bahagian pertama ini. Petang nanti kita akan bertemu lagi dengan sambungan 10 lagi idea buat duit di Internet. Oh.. ya, buat pengetahuan para pembaca, blog ini akan di update dengan post-post terbaru dengan kekerapan 2 kali sehari! Kalau saya agak sibuk, paling tidak pun masih akan ada satu post (artikel) setiap hari. Boleh bookmark blog ini atau isi email anda di atas supaya anda tidak ketinggalan mengikuti artikel terbaru dan terbaik mengenai dunia IM Malaysia.

Hanya di Rahisa Niaga – gerbang keusahawanan maya anda! 🙂

Bagaimana kalau saya tidak mempunyai produk?

Anda tidak perlu bimbang sekiranya anda tidak mempunyai produk untuk dijual. Anda masih mampu menjana pendapatan yang lumayan dari Internet walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri.

Tapi bagaimana caranya?

Mudah sahaja. Anda boleh menjadi referral untuk mendapatkan komisyen atau menjual ruang pengiklanan di website atau newsletter anda. Itu antara contoh yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan tanpa produk sendiri. Banyak lagi cara yang anda boleh lakukan.

Anda juga boleh :

• Beli produk yang mempunyai hak Resell Rights.Selalunya produk Resell Rights ini ialah produk digital seperti ebook. Anda hanya perlu membina website dan mendapatkan trafik melalui Google Adwords.

• Daftar sebagai ahli affiliate. Affiliate ialah suatu program yang membenarkan anda menjual produk orang lain dan mendapat sedikit keuntungan dari jualan produk tersebut.Contoh : ClickBank/Commision Junction

Menjadi affiliate sudah sering kita dengari jadi pada kali post kali ini suka saya menarik perhatian para pembaca  kepada satu lagi teknik iaitu menjadi Reseller Produk.

Menjadi reseller juga merupakan salah satu cara menjana pendapatan yang lumayan dari internet. Kenapa? Sebabnya apabila anda membeli sesuatu produk dengan hak Resell Rights, maka anda boleh menjualnya semula dengan keuntungan 100%. Segala kelengkapan telah disediakan untuk anda seperti website dan salesletter. Anda hanya perlu upload ke hosting anda, beli domain, dan melakukan marketing. Lebih mudah untuk anda mulakan.

Saya akan berikan beberapa tips untuk anda mulakan perniagaan Reseller ini :

  1. Lesen Resell Rights – Pastikan anda membeli produk yang menawarkan lesen resell rights ini.
  2. Kualiti – Sebelum anda membeli sesuatu produk, pastikan ianya mempunyai kualiti dan mendapat feedback yang positif dari pembeli yang lain. Kelambakan produk RR ini mungkin menyebabkan anda terbeli produk “sampah”. Ini akan menyukarkan anda mendapatkan jualan yang tinggi.
  3. Demand – Pastikan produk yang bakal anda jual mempunyai permintaan di pasaran. Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan sertai forum-forum komuniti dan buat kajian tentang tajuk atau masalah yang sering dibincangkan di sana.
  4. Salesletter Menarik – saya sudah menerangkan tentang kepentingan salesletter ini di bab sebelumnya. Jadi, pastikan produk yang bakal anda beli mempunyai salesletter yang menarik dan menyakinkan.
  5. Kredibiliti Penulis Asal – RR ialah hak untuk menjual semula dengan untung 100% tetapi tidak boleh mengubah nama asal penulis tersebut.Jadi, pastikan penjual produk RR ini mempunyai nama dan kredibilti yang baik dalam niche produk tersebut.

Itu antara langkah yang perlu anda ambil sebelum memulakan perniagaan reseller ini. Anda juga boleh menjadikan produk RR ini sebagai back-end atau bonus kepada produk anda sendiri.