Skip to content

Jana Wang Tanpa Produk Sendiri

Mac 28, 2010

Hari ini  pernigaan internet terutama di negara kita sendiri Malaysia semakin hari semakin berkembang. Purata peningkatan pengguna di internet juga meningkat 200% ke 300% dalam setahu. Ia satu tanda positif kepada usahawan perniagaan internet /online. Perniagaan internet ini juga turut mendapat sokongan daripada kerajaan diantaranya  penambah baik sistemm talian internet yang semakin hari semakin pantas untuk tujuan berurusan.

Pelbagai produk yang kita boleh lihat sekarang didalam dunia online ini tidak kira produk digital mahupun produk fizikal. Tetapi  masih ramai lagi yang hanya melihat dan menunggu. Kenapa perkara ini berlaku ya..  anda takut hendak bermula?  Tiada panduan ?  tidak ada produk?

Sebenarnya ada kaedah untuk anda bermula tapi itu juga terpulang pada anda ingin bermula ataupun tidak.  Salah satu kaedah  dan juga salah satu jalan pintas  untuk anda memulakan perniagaan di internet adalah mendapatkan produk reseller dan terus promosikannya.  Saya juga tahu mesti ada sesetangah diantara anda tidak tahu apa produk reseller. Produk reseller adalah produk yang dibenarkan kepada kita menjual produk seperti produk kita sendiri  . kebanyakan produk reseller ini adalah produk digital seperti eBook ,Grafik, skript, video dan audio. Hasil jualan yang kita perolehi kita tidak perlu kongsikan kepada pemilik asal produk  dan ini bermakna kita akan dapat 100% keuntungan jualan. 

Produk reseller ini juga akan disertakan dengan lesen hak jualan yang mempunyai syarat- syarat tertentu supaya kualiti dan kandungan sesuatu produk akan terjaga dan terjamin. Salah satu syarat tersebut seperti produk tidak boleh diberikan secara percuma , produk tidak boleh dijual pada site lelongan dan beberapa lagi syarat. Lesen hak jual pula terbahagi kepada 3 jenis lesen iaitu :

1.Resale Right (RR)
2.Master Resale Right (MRR)
3.Private Label Right (PLR)

Resale Right adalah produk dimana kita berhak menjual kembali produk tersebut  tanpa mengubah kembali produk tersebut seperti isi kandungan produk , nama pencipta produk dan syarat lain lagi. Keuntungan semestinya 100% kita akan perolehi.

Master Resale Right pula kita berhak untuk menjual lesen resale right dan produk . Kebenaran yang diberikan pada produk sama juga seperti lesen RR  , tidak boleh mengubah isi kandungan , nama pencipta. Keuntungannya lebih besar dari produk RR .

Private label right berbeza sedikit dengan lesen RR dan MRR kerana produk ini memberi banyak kebenaran untuk mengubah isi kandungan , nama pencipta menjadi nama anda sendiri  dan sebagainya. Keuntungan sangat tinggi  daripada lesen RR dan MRR. Lesen PLR ini juga  adalah lesen hak jualan yang sangat digemari oleh ramai usahawan internet..

Jadi saya rasa elok pada mereka yang tidak mempunyai produk atau buntu untuk bermula dengan perniagaan internet  mencuba produk reseller kerana anda tidak pening-pening untuk memikirkan produk apa yang perlu anda jualkan.kerana semua telah tersedia seperti minisite , banner, article promosi dan tool-tool lain untuk tujuan promosi.

Saya juga syorkan pada anda jika anda serius untuk memulakan perniagaan internet dengan produk reseller elok  dapatkan panduan yang menbantu anda dalam perniagaan ini. Salah satu panduan yang berkesan adalah ebook  rahsia reseller.  Apa yang ditunjukkan dalam ebook ini seperti ialah;

•  Pengenalan Reseller – Pengertian Right, jenis produk dsb
•  Teknik Mengkaji Permintaan –  Cara membuat kajian
•  Teknik Mencari Produk Reseller – Mencari ikut keyword, produk, pakej dsb
•  Teknik Mengubah Produk Reseller – Membuat perubahan baru pada produk
•  Teknik Promosi – Teknik promosi menggunakan beberapa kaedah marketing

Anda boleh lihat dahulu ulasan dan review mengenai eBook Rahsia Reseller tersebut untuk lebih detail..

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: