Skip to content

Bagaimana Membina Kekayaan Yang Tulen Dan Hakiki?

Mac 19, 2010

Info kali ini khas kepada mereka yang sudah berkerjaya, yang giat membina karier dan mencipta masa depan. Jika anda termasuk dalam kelompok ini. Memang kena la post ini ye..🙂

Info ini berkaitan pelaburan. Jangan takut. Sudah pasti saya tidak akan menyarankan mana-mana pelaburan haram yang dikendalikan oleh jembalang bermata satu (penipu la maksudnya tu) atau mana-mana pelaburan yang akan menjanjikan keuntungan besok pagi. Biasanya pelaburan yang saya buat memakan sedikit masa. Sudah pastilah begitu kan. Melainkan orang yang tidak pernah belajar mengenai pelaburan. Yang main hentam keromo saja. Kalau tidak, mereka pasti sedar pelaburan memang memerlukan dua perkara ini, yakni ‘masa’ dan ‘risiko’. InsyaAllah kalau panjang umur, saya akan menerbitkan artikel khas memperkatakan hubungan masa dan risiko dengan pelaburan pada lain masa.

Jadi pelaburan yang saya maksudkan hari ini ialah komoditi emas.

Emas merupakan pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang. Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dari tahun ke tahun.

Sebagai contoh;

Harga untuk 1 auns (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada:

18/07/2001 ialah RM1082.00

07/06/2008 ialah RM3048.00!!

Ini adalah kenaikan sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata pulangan 25.95% setahun! (nak tahu, saya beli baru-baru ini sekitar akhir 2009 harganya sudah mencecah RM4072. Mak.. aih.. lambat sikit pun tak boleh la emas ni).

Sejarah membuktikan, harga emas tidak pernah turun dalam jangkamasa panjang. Tidak pernah! Untuk jangkamasa pendek? Iya.. memang harga emas turun naik dan agak spekulatif. Tapi secara keseluruhan memang emas tiada tandingan. Pencabar terdekatnya pun mungkin cuma hartanah. Hehee..

Biar saya berterus terang saja, kalau inginkan keuntungan cepat atau margin tinggi dengan segera, emas memang tidak sesuai. Tapi kalau mahu membina portfolio yang unggul, mempelbagai, kukuh dan stabil. Sila masukkan sekali emas dalam perancangan kewangan. Emas ialah penyimpan kekayaan sebenar. Percaya cakap saya.

Dalam keadaan darurat dan peperangan – wang kertas tidak laku manakala hartanah pula tidak boleh dibawa berhijrah. Tapi hanya emas yang boleh membantu pada masa itu. Dan emas laku dimana-mana negara yang kita singgahi semasa menjadi pelarian itu nanti.

Namun tahukah bagaimana cara untuk anda membuat pelaburan emas di negara kita?

Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia. 

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas

2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank

3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank

4. Simpanan Gold Saving Passbook di maybank dan Public bank

5. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan

Apakah pelaburan emas yang terbaik? Dimana mendapatkannya? Apa pula pelaburan emas yang terburuk? Untuk menjawab kesemua persoalan itu, saya terpaksa menulis sebuah eBook yang agak tebal dan sudah pasti berbayar.

Kalau anda mahu melihat perbandingan yang lebih jelas antara wang dan emas, boleh baca di sini.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: