Skip to content

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian II

Mac 15, 2010

Idea 11

MLM.Anda juga boleh menjalankan perniagaan MLM atau Multi Level Marketing. Dengan jumlah pengguna internet yang besar,pastinya memberi kelebihan untuk anda mencari prospek baru dengan cepat.Saya mengenali seorang usahawan MLM yang telah berjaya rekrut sebanyak 215 orang dalam masa 4 minggu sahaja. 4 minggu selepas itu, angka tersebut bertambah menjadi 305 orang. Anda rasa, nak mencari 305 ini dengan offline marketing, agak-agak berapa lama masa yang anda ambil?

 

Idea 12

Consulting/Coaching. Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam sesuatu bidang, anda boleh tawarkan servis consulting ini. Anda boleh berikan tunjuk ajar kepada pelanggan anda melalui YM atau email. Selalunya caj consulting ini adalah lebih mahal harganya berbanding dengan harga ebook kerana anda memberikan servis ini secara one-to-one.

 

Idea 13

Google Adsense.Adsense juga merupakan salah satu cara menjana pendapatan dari iklan. Anda akan dibayar sekiranya pelawat anda klik iklan yang dipaparkan di website anda. Semakin tinggi jumlah visitor, maka semakin tinggi peluang untuk anda menjana pendapatan yang lumayan dari Adsense ini.

 

Anda boleh mencari maklumat lebih lanjut di:

 

 

 

 

 

 

 

Gambar adsense

 

Idea 14

Blogging. Menjana pendapatan dari blog merupakan trend terkini dalam dunia internet sekarang. Terdapat pelbagai cara untuk anda menjana pendapatan dari blog. Contohnya, jual ruang iklan, membuat review produk, affiliate, dan sebagainya. Anda boleh menggunakan WordPress atau Blogspot sebagai platform blog anda. Maklumat lanjut tentang buat duit dengan blog ini anda boleh dapatkan di forum-forum komuniti.

 

 

 

 

 

 

 

Idea 15

Freebies. Ia bermaksud anda memberikan sesuatu dengan percuma. Orang memang suka benda yang percuma ni. Cari benda yang orang suka. Contohnya ebook free, software free, tools free, dan lain-lain lagi.Sekiranya benda yang anda berikan secara percuma itu berkualiti menyamai produk yang berbayar, pastinya ia akan menaikkan nama dan kredibiliti anda. Orang ramai akan sentiasa datang berulang kali ke website anda. Jadi, dengan jumlah trafik yang tinggi, pastinya anda dapat menjana pendapatan yang lumayan.

 

Idea 16

Penulisan artikel. Dalam dunia internet, content adalah raja segalanya. Maksudnya, sekiranya website anda mempunyai kandungan yang unik, fresh, pastinya akan menarik ramai visitor ke website anda. Tetapi, tidak ramai yang mempunyai kemahiran menulis ini. Jadi, anda boleh menawarkan servis ini kepada mereka yang memerlukan kandungan yang unik. Rate yang rendah dalam lingkungan $0.01 cent per word.Jadi, dengan menulis 500 patah perkataan, anda akan menerima $5, bersamaan dengan RM18.

 

Idea 17

Designer. Ini adalah antara jenis perniagaan yang menguntungkan. Sekiranya anda mempunyai kemahiran yang tinggi dalam grafik design,web design, anda boleh menawarkan servis ini kepada orang ramai. Selalunya logo atau banner yang simple, orang sanggup bayar dalam lingkungan $10-20$. Kalau servis web design,pastinya harganya adalah lebih mahal bahkan boleh mencecah ribuan ringgit hanya untuk website yang mengandungi 2-3 page sahaja.

 

Idea 18

Pay Per Install (PPI). PPI ini juga adalah salah satu jenis program affiliate juga tetapi sedikit berbeza. Anda tidak perlu melakukan jualan untuk mendapatkan income dari program PPI ini. Anda akan dibayar apabila pengunjung website anda download dan install sesuatu application ke dalam komputer mereka.Contoh program yang anda boleh sertai ialah ZangoCash

 

Idea 19

Menjual semula produk PLR.Apakah PLR? PLR bermaksud Private Label Rights. Sekiranya anda membeli produk yang mempunyai lesen PLR ini, maka anda boleh menjual semula produk itu dengan mendapat keuntungan 100% dan boleh mengubah nama penulis asal produk tersebut dan meletakkan nama anda sebagai penulis ebook itu.Konsep perniagaan ini lebih kurang sama dengan reseller produk,cuma yang bezanya ialah anda diberi kebebasan 100% untuk mengubah kandungan ebook berkenaan.

Idea 20

Membina membership program. Ini juga antara cara menjana pendapatan yang lumayan dari internet. Konsep bisnes ini ialah anda mengenakan caj kepada mereka yang mendaftar sebagai ahli samada monthly atau yearly caj.Anda harus mempunyai kepakaran dalam sesuatu bidang yang mana maklumat yang anda tahu tidak boleh dijumpai di mana-mana. Sekiranya tips-tips dari anda memang berkualiti, ini akan menambahkan bilangan ahli anda dari masa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

Contoh laman membership menguruskan badan

 

Bagaimana?Adakah anda sudah menjumpai bisnes mana yang hendak anda mulakan?

 

Jadi itulah dia 20 Idea contoh bagaimana anda boleh menjana pendapatan dari Internet. Terdapat banyak lagi program yang anda boleh sertai. Semakin lama anda dalam dunia perniagaan internet ini, makin banyak peluang yang akan anda jumpa.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: