Skip to content

20 Idea Buat Duit Dari Internet: Bahagian I

Mac 14, 2010

Saya akan senaraikan 20 idea menjana pendapatan dari internet yang boleh anda tiru dan ikut. Mungkin ada yang sesuai dengan minat atau kemahiran anda. Ada yang memerlukan modal untuk anda mulakan dan ada juga tidak memerlukan sebarang modal.

Ada yang memerlukan kemahiran anda untuk menulis dan ada juga yang tidak memerlukan sebarang website untuk menjana pendapatan.

Jom!

Idea 1

Dropshipping bisnes. Ia membolehkan anda menjual produk fizikal tanpa perlu menyimpan stok. Anda boleh mendirikan sebuah online store yang mempunyai ratusan produk tanpa perlu menyimpan stok. Dropshipper akan menghantar pesanan yang dibuat terus ke pelanggan anda.Anda hanya perlu promosi dan dapatkan jualan. Stok dan penghantaran akan diuruskan oleh dropshipper itu sendiri. Sesuai untuk mereka yang meminati jualan produk fizikal. Ebay dan lelong dot com adalah contoh laman yang membolehkan anda menggunakan teknik dropshipper ini.

Idea 2

Menjual barangan di ebay. Ebay merupakan satu tempat jual beli barang yang mempunyai jumlah visitor yang tinggi setiap hari.Anda boleh menjual sebarang produk di sini.

Screenshot Ebay.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Idea 3

Sertai program affiliate. Anda boleh menjana pendapatan yang lumayan dengan menjual produk orang lain. Terdapat ribuan produk yang boleh anda promosikan. Kaji produk mana yang mempunyai demand yang tinggi di pasaran.Antara program affiliate yang boleh anda sertai ialah ClickBank, CommisionJunction (CJ) dan sebagainya.

Screenshot clickbank.

 

 

 

 

 

 

 

 

Idea 4

Jual ruang iklan. Sekiranya anda mempunyai website yang mempunyai jumlah trafik yang tinggi,anda boleh menjual ruang iklan di website anda. Idea ini juga boleh diaplikasikan dalam newsletter seperti yang telah saya terangkan sebelum ini.Semakin tinggi jumlah visitor anda, maka semakin tinggi caj yang anda boleh kenakan.

Contoh ruang iklan di blog:

 

 

 

 

 

 

 

Idea 5

Menjual produk reseller dan mendapat keuntungan 100%. Idea ini telah saya terangkan sebelum ini. Malangnya, di Malaysia pihak yang menyediakan produk berserta lesen PLR, MRR atau RR agak kurang dan sukar untuk dicari. Anda boleh mendapatkan produk MRR ini di membership site atau di laman-laman web yang menjual produk ini secara pakej.

Idea 6

Menjual ebook. Produk informasi merupakan produk yang terlaris di pasaran dan telah terbukti menghasilkan pendapatan yang lumayan.Cari tajuk yang hangat di pasaran. Pastikan anda menulis sesuatu yang anda tahu dan melakukan kajian yang terperinci terlebih dahulu. Jika anda mengeluarkan ebook yang berkualiti, pastinya akan meningkatkan lagi kredibiliti anda di dalam dunia perniagaan internet ini. Ini antara contoh ebook yang telah dihasilkan oleh IM dari Malaysia.

Idea 7

Mendirikan Forum Komuniti. Anda juga boleh mendirikan website yang bercirikan forum komuniti.Anda haruslah memilih satu tema untuk forum anda. Penglibatan yang aktif dari ahli-ahli forum akan menaikkan nama forum anda dan pastinya anda dapat menjana pendapatan dari segi pengiklanan atau membership program.

Idea 8

Jual beli domain. Domain adalah perkara paling penting perniagaan internet. Domain yang pendek dan ringkas sentiasa menjadi rebutan para usahawan internet. Domain seperti Business.com pernah dijual pada harga USD7 Juta!.

Idea 9

Menjadi Freelancer. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang produk untuk dijual atau kekurangan modal untuk memulakan perniagaan internet ini,anda boleh cuba menjadi freelancer. Tiada kos yang diperlukan. Anda boleh mencari job di website seperti Elance.com atau GetAFreelancer.com. Banyak kerja yang anda boleh dapatkan di sana.. Selain dari website freelance ini, anda juga boleh dapatkan kerja-kerja freelance ini di forum-forum komuniti, contohnya WangCyber.com

Cari di bahagain Buy Sell Trade – dService

Antara job yang boleh dapatkan di sini seperti terjemahan, penulisan artikel, memberi komen di blog,upload video ke youtube dan lain-lain lagi. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai ilmu tentang internet marketing di forum ini.

Idea 10

Programmer.Sekiranya anda mempunyai kemahiran dalam bidang programming, anda boleh menawarkan servis anda kepada webmaster yang memerlukan khidmat anda. Anda juga boleh mengeluarkan software free untuk mencipta nama dan kredibiliti.Tidak ramai yang tahu bahasa programming ini, jadi, peluang untuk anda buat duit memang tinggi.Anda juga boleh mencari kerja di website freelance/forum..

Sekian dahulu untuk bahagian pertama ini. Petang nanti kita akan bertemu lagi dengan sambungan 10 lagi idea buat duit di Internet. Oh.. ya, buat pengetahuan para pembaca, blog ini akan di update dengan post-post terbaru dengan kekerapan 2 kali sehari! Kalau saya agak sibuk, paling tidak pun masih akan ada satu post (artikel) setiap hari. Boleh bookmark blog ini atau isi email anda di atas supaya anda tidak ketinggalan mengikuti artikel terbaru dan terbaik mengenai dunia IM Malaysia.

Hanya di Rahisa Niaga – gerbang keusahawanan maya anda!🙂

2 Komen
  1. Yup… banyak cara buat cari uang lewat internet.

    sebenarnya masih banyak cara, tips, strategy dan informasi yang perlu kita ketahui tentang bagaimana mencari uang lewat internet.

  2. Idea 5 tu yang ramai masih x tau. berniaga tanpa produk sendiri.. hehe ilmu yang bermanfaat. tnx bro..😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: