Skip to content

Bagaimana kalau saya tidak mempunyai produk?

Mac 13, 2010

Anda tidak perlu bimbang sekiranya anda tidak mempunyai produk untuk dijual. Anda masih mampu menjana pendapatan yang lumayan dari Internet walaupun anda tidak mempunyai produk sendiri.

Tapi bagaimana caranya?

Mudah sahaja. Anda boleh menjadi referral untuk mendapatkan komisyen atau menjual ruang pengiklanan di website atau newsletter anda. Itu antara contoh yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan tanpa produk sendiri. Banyak lagi cara yang anda boleh lakukan.

Anda juga boleh :

• Beli produk yang mempunyai hak Resell Rights.Selalunya produk Resell Rights ini ialah produk digital seperti ebook. Anda hanya perlu membina website dan mendapatkan trafik melalui Google Adwords.

• Daftar sebagai ahli affiliate. Affiliate ialah suatu program yang membenarkan anda menjual produk orang lain dan mendapat sedikit keuntungan dari jualan produk tersebut.Contoh : ClickBank/Commision Junction

Menjadi affiliate sudah sering kita dengari jadi pada kali post kali ini suka saya menarik perhatian para pembaca  kepada satu lagi teknik iaitu menjadi Reseller Produk.

Menjadi reseller juga merupakan salah satu cara menjana pendapatan yang lumayan dari internet. Kenapa? Sebabnya apabila anda membeli sesuatu produk dengan hak Resell Rights, maka anda boleh menjualnya semula dengan keuntungan 100%. Segala kelengkapan telah disediakan untuk anda seperti website dan salesletter. Anda hanya perlu upload ke hosting anda, beli domain, dan melakukan marketing. Lebih mudah untuk anda mulakan.

Saya akan berikan beberapa tips untuk anda mulakan perniagaan Reseller ini :

  1. Lesen Resell Rights – Pastikan anda membeli produk yang menawarkan lesen resell rights ini.
  2. Kualiti – Sebelum anda membeli sesuatu produk, pastikan ianya mempunyai kualiti dan mendapat feedback yang positif dari pembeli yang lain. Kelambakan produk RR ini mungkin menyebabkan anda terbeli produk “sampah”. Ini akan menyukarkan anda mendapatkan jualan yang tinggi.
  3. Demand – Pastikan produk yang bakal anda jual mempunyai permintaan di pasaran. Salah satu cara untuk mengetahuinya ialah dengan sertai forum-forum komuniti dan buat kajian tentang tajuk atau masalah yang sering dibincangkan di sana.
  4. Salesletter Menarik – saya sudah menerangkan tentang kepentingan salesletter ini di bab sebelumnya. Jadi, pastikan produk yang bakal anda beli mempunyai salesletter yang menarik dan menyakinkan.
  5. Kredibiliti Penulis Asal – RR ialah hak untuk menjual semula dengan untung 100% tetapi tidak boleh mengubah nama asal penulis tersebut.Jadi, pastikan penjual produk RR ini mempunyai nama dan kredibilti yang baik dalam niche produk tersebut.

Itu antara langkah yang perlu anda ambil sebelum memulakan perniagaan reseller ini. Anda juga boleh menjadikan produk RR ini sebagai back-end atau bonus kepada produk anda sendiri.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: