Skip to content

Anda kenal siapa Patric Chan?!

Mac 13, 2010

 

Dua perkara yang boleh menerangkan siapa beliau;

 

  1. Seorang jutawan Internet
  2. Baca kisah beliau di bawah..

Kemungkinan besar, anda tidak kenal dia langsung kerana beliau sibuk buat duit dengan pemasaran ‘affiliate’ di peringkat antarabangsa. Beliau juga dijemput sebagai ‘speaker’ di Unleash Your Marketing Genius Seminar oleh Stephen Pierce untuk mengajar tentang pemasaran affiliate!

Beliau berasal dari Pulau Pinang. Bapanya adalah seorang pemandu teksi yang tidak pernah bercuti daripada membawa teksi kecuali jatuh sakit. Patric hanyalah bersekolah sehingga sekolah menengah sahaja. Pada suatu hari ibunya memberika sebuah tabung yang berisi wang kepada Patrick untuk beliau sambung belajar tetapi Patrick tidak sampai hati untuk mengambil wang itu yang dikumpul oleh ibunya sejak sekian lama. Menyedari kesusahan keluarga, beliau telah melakukan banyak kerja sehingganlah pada tahun 2003 dia telah secara serius membuat bisnes di internet juga menjadi affiliater yang targetnya adalah pasaran antarabangsa. 

Kini beliau adalah pengasas kepada sistem “You Chan Do It Success Outcome System” dan dia telah memberi ceramah di beberapa buah negara di dunia. Saya tergamam sebentar melihat email live daripada akaun Clickbank nya terkini yang tidak putus-putus menerima notifikasi ada orang telah membeli produk yang dipasarkannya. (Clickbank adalah salah satu pasar maya di mana sebagai pembuat produk digital anda boleh ‘letak’ barang anda di situ dan akan ada orang yang tolong memasarkannya kepada pembeli). Dalam hal ini, Patrick adalah salah seorang marketer yang  memasarkan barangan digital tersebut melalui pelbagai teknik. 

Bukan sahaja Patric seorang pakar dalam pemasaran affiliate, beliau juga mempunyai program affiliate sendiri yang dipromosikan oleh pakar-pakar antarabangsa yang sudahpun berkenal di internet seperti Matt Bacak, Stephen Pierce, Shawn Casey, Mike Litman dan Anik Singal (mereka semuanya adalah marketer bertaraf dunia dan sudah berjaya memperolehi jutaan US dollar dari internet). 

Bayangkanlah rahsia yang diketahui oleh Patric apabila beliau mempunyai affiliate yang sungguh hebat sebegini! Sehingga sekarang, tiada seorang usahawan internet tempatan pun yang produk mereka dipromosikan oleh marketer antabangsa yang dinamakan di atas. 

Jadi kenapa saya ceritakan ini semua kepada para pembaca? Agar anda tahu bahawa perniagaan online itu benar dan memang terjadi. Jangan lagi anda bersikap pesimis terhadapnya. Hanya saja tolong berhati-hati. Kerana perniagaan Internet dan pelaburan internet adalah dua perkara berbeza. Patric tidak melabur melalui Internet!

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: