Lompat ke isi kandungan

Definisi Beberapa Istilah Internet Marketing

Mac 11, 2010

Beberapa definisi atau term yang selalu digunakan dalam perniagaan internet ini supaya anda lebih jelas dan faham.

• Apakah domain name?

Domain name adalah alamat website anda. Ianya akan kelihatan seperti ini :

http://www.nama-anda.com Apabila nama domain tersebut telah dibeli atau didaftarkan, maka tiada sesiapa boleh mendapatkan domain yang sama. Dua rumah tidak mungkin mempunyai satu alamat yang sama.

• Apakah itu website?

Website boleh diibaratkan sebagai rumah anda. Ianya boleh wujud dalam bentuk brochure, salesletter, kedai online, blog dan sebagainya. Website anda akan memaparkan produk-produk anda dalam bentuk gambar, foto, grafik, perkataan dan sebagainya. Orang ramai boleh membeli produk anda tanpa perlu pergi ke lokasi perniagaan anda.

• Apakah Web browser?

Web browser adalah medium untuk pelawat melihat website anda. Contoh : Internet Explorer, Mozilla Firefox

• Apakah email?

Email adalah suatu bentuk surat dalam bentuk elektronik. Boleh juga disebut sebagai surat maya. Anda tidak perlu lagi menulis surat di atas kertas, memasukkan ke dalam envelope, setem dan pergi ke pejabat pos. Dengan menggunakan email ini, anda hanya perlu menulis email di dalam email program anda (Yahoo,Gmail) dan hanya perlu klik SEND untuk menghantarnya.

• Apakah Web Hosting?

Web hosting ialah tapak kepada website anda. Website anda akan diletakkan di dalam sebuah komputer server yang akan disambungkan ke Internet 24 jam sehari.

Anda perlukan web hosting ini supaya orang lain dapat melayari website anda.

• Apakah Autoresponder?

Dengan menggunakan khidmat autoresponder anda boleh mula membina senarai email dan dapat melakukan kaedah pemasaran email dengan lebih sistematik,efektif dan lebih mesra kepada pelanggan anda.

Melalui sistem autoresponder juga anda boleh menghantar sebuah email kepada beratus-ratus malah beribu-ribu pelanggan anda dengan hanya satu klik sahaja.

• Apakah itu FTP?

FTP berasal dari perkataan File Transfer Protocol. FTP program ini akan membolehkan anda menghantar fail ke web hosting dari komputer anda supaya kandungan website anda boleh dilayari oleh orang ramai melalui Internet.

Di bawah saya senaraikan lagi beberapa perkataan yang selalu digunakan.

Cybernaut – orang yang kerap melayari Internet
Download – pemindahan data dari Internet ke komputer anda
Encrypted message – mesej yang telah diubah supaya tidak dapat dibaca oleh orang yang tidak berkenaan. Hanya orang tertentu sahaja boleh tukarkan balik encrypted mesej itu kepada mesej yang boleh difahami.
FAQ – Frequently Asked Question – soalan yang sering ditanya
File – dokumen yang anda hasilkan. Anda boleh menghantar fail tersebut kepada sesiapa sahaja di seluruh dunia.
Java – java ialah sebuah bahasa programming yang membolehkan ianya membaca sebarang maklumat dari sebarang operating system.
Log on – akses ke internet
Mailing list – senarai email yang berminat untuk mengetahui tentang sesuatu maklumat.(contoh : produk,tempat). Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang kaedah pemasaran email,sila dapatkannya di sini:
Newsgroup – sebuah tempat atau group di mana individu boleh menghantar mesej dan menerima mesej dari ahli-ahli yang lain.
URL – Uniform Resource Locator. Alamat website anda.

About these ads
Satu Komen
  1. TheBlues permalink

    baru ari nie tau sal cybernaut. tak pena dgr pn sblm nie. anyway thanks!

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: