Skip to content

11 Sebab Yang Paling Kukuh..

Mac 11, 2010

Di sini saya senaraikan beberapa sebab kenapa anda harus memulakan perniagaan internet: 

 

 Modal Rendah

Anda tidak memerlukan modal yang tinggi untuk memulakan perniagaan internet seperti mana perniagaan offline yang lain. Apa yang anda perlukan hanyalah idea, domain, internet akses, dan juga hosting. Semua ini hanya berharga kurang dari $100 sahaja!

Tidak Perlu Bekerja 8 jam Sehari

Anda tidak perlu lagi bekerja dari 9-5 apabila memulakan perniagaan internet ini. Anda tidak perlu lagi bangun seawal pagi untuk tiba di tempat kerja. Anda boleh memilih masa bekerja yang anda suka. Segalanya anda tentukan sendiri.

Bekerja Dari Rumah

Di mana komputer anda, di situlah tempat anda bekerja. Anda boleh bekerja dari rumah anda sendiri. Anda tidak perlu terperangkap lagi dalam kesesakan jalan raya setiap pagi untuk ke tempat kerja. Dengan bekerja dari rumah, anda telah menjimatkan masa 2 jam setiap hari, iaitu masa yang anda ambil untuk sampai ke tempat kerja. Ini bermakna, dalam setahun anda mempunyai lebihan masa 730 jam!.Banyak tu, macam-macam boleh buat untuk tambah pendapatan☺

Pasaran Antarabangsa

Hanya dengan komputer dan internet akses, apa sahaja di dalam dunia ini berada di hujung jari anda. Internet ibarat dunia tanpa sempadan. Anda boleh mempromosikan produk anda ke seluruh dunia 24 jam sehari 7 hari seminggu. Gunakan kelebihan internet ini sebaiknya! 

Perniagaan Yang Automatik/Autopilot 

Perniagaan internet ini anda boleh automasikan segala proses tanpa anda perlu berada di depan komputer setiap masa. Duit akan masuk walaupun anda sedang tidur!

Waktu Kerja Yang Fleksibel

Menjalankan perniagaan internet memberikan anda kebebasan untuk memilih waktu anda bekerja. Anda tidak perlu lagi wajib bekerja 8 jam sehari. Segalanya terletak di tangan anda. Apabila perniagaan online anda boleh berjalan secara automatik,anda hanya perlu meluangkan masa mengikut keperluan perniagaan anda seperti menyemak email, mempromosikan website anda dan mengembangkan lagi perniagaan tersebut. Semuanya mungkin boleh diselesaikan dalam 3-4 jam sahaja.

Meluangkan masa bersama keluarga dan rakan 

Menjalankan perniagaan online juga dapat memberi anda lebih masa bersama keluarga dan rakan-rakan. Malah, anda dapat melihat anak-anak membesar di depan mata anda. Anda mempunyai masa yang lebih berkualiti dengan orang-orang yang anda sayangi. 

Perniagaan Online Anda Dari Hobi & Minat 

Ini antara sebab kenapa ramai yang ingin memulakan perniagaan secara online. Kita boleh menukarkan hobi dan minat kita kepada perniagaan. Lakukan sesuatu dengan penuh minat akan menghasilkan kerja yang berkualiti dan bebas dari tekanan.

Kos Bulanan Yang Rendah

Percaya atau tidak, sesetengah perniagaan internet boleh dimulakan tanpa sebarang modal atau dengan modal yang rendah. Oleh yang demikian, kos bulanan atau monthly expenses untuk perniagaan tersebut juga adalah rendah.

Lebih Dari Satu Perniagaan 

Memandangkan kos untuk memulakan perniagaan internet adalah rendah dan boleh dijalankan secara automatik, maka anda boleh menjalankannya lebih dari satu jenis perniagaan. Anda tidak perlu mengambil pekerja kerana semuanya boleh dilakukan secara automatik dan ianya berfungsi 24/7 untuk anda. 

Pasaran Yang Semakin Meluas 

Berdasarkan statistik dari Computer Industry Almanac, terdapat 934 juta pengguna internet pada September 2004; dan lebih dari 1.07 billion jumlah pengguna pada tahun 2005. Jumlah ini akan bertambah dari masa ke semasa. Pasaran yang besar ini pastinya akan memberikan pulangan yang lumayan kepada usahawan online ini.

2 Komen
  1. Nina permalink

    Betul tu..

    • Perniagaan Internet memang menjadi pilihan terbaik kebanyakan orang pada masa ini.

      Terima kasih kerana meninggalkan komen..🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: