Skip to content

Perniagaan Internet Vs Skim Internet

Mac 8, 2010

         Dunia sekarang sangat memerlukan wang yang banyak untuk hidup. Makanan, tempat tinggal dan kenderaan menguasai penggunaan wang kebanyakan keluarga di Malaysia. Kadangkala, kita seperti hidup untuk kerja bukannya kerja untuk meneruskan kehidupan.

         Oleh itu, ramai mula mencari pendapatan tambahan dan perniagaan melalui internet adalah antara perniagaan yang mereka pilih. Kos operasi yang rendah dan potensi keuntungan yang lumayan membuatkan lebih ramai memilih perniagaan internet untuk mencari pendapatan tambahan. Tambahan pula, ia boleh di jalankan dari rumah dan berada di samping keluarga yang tersayang.

         Namun, kehadiran skim cepat kaya telah memusnahkan konsep perniagaan internet itu sendiri. Perniagaan adalah perbuatan yang suci. Maka anda perlu sedar bahawa perniagaan memerlukan produk yang jelas. 

         Menjana pendapatan melalui skim cepat kaya adalah tindakan yang sia-sia kerana apa yang anda sedang lakukan adalah membeli angan-angan. Anda bayar sejumlah wang dan di janjikan untuk menjana sekian-sekian jika berjaya mendapat downline, itulah namanya membeli angan-angan. Teruskan pembelian angan-angan anda.

        Berbanding perniagaan yang melibatkan produk yang jelas, anda hidup dalam dunia realiti. Kalau anda dapat jual satu produk, dapatlah anda keuntungan sebanyak satu jualan. Anda perlu ingat, perniagaan internet adalah perniagaan sebenar. Anda perlu rajin dan sentiasa berusaha untuk mendapat keuntungan yang besar.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: