Skip to content

Lagi Lagi Spam..

Mac 7, 2010

Itulah pasal. Selalu sangat kita dengar mengenai spam. Tapi apa spam itu sebenarnya?

Menurut SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) memberi definisi spam sebagai aktivti penghantaran mesej yang tidak diperlukan misalnya mel elektronik (emel) menerusi Internet atau mesej menerusi SMS kepada pengguna. Ia turut merangkumi semua jenis mesej sama ada komersial atau bukan komersial serta daripada pinjaman perumahan, gadaian, kandungan lucah dan dadah mempertingkatkan rangsangan seks.

Masalah spam mesti ditangani pada peringkat individu dengan melaksanakan proses kendalian kendiri, iaitu penerima boleh mengabaikan saja spam diterima atau terus memadamkannya daripada senarai mel elektronik mereka.

Lebih lanjut menegai hal ini, boleh baca di laman SKMM;
http://www.skmm.gov.my/newsdesk/news/ViewNews.asp?cc=17479451&nrid=85505314

Kaedah promosi secara spam ini kebiasaanya dilakukan oleh mereka yang baru mencuba apa-apa program buat duit di Internet. Kesalahan tidaklah boleh diletakkan sepenuhnya kepada mereka, mungkin mereka belum tahu. Oleh itu saya mengambil inisiatif untuk menerbitkan catatan ini. Harap ia sedikit sebanyak membantu.

Berbual mengenai Facebook sebagai alat promosi. Iya memang Facebook sesuai menjadi kaedah pemasaran yang efektif. Jangan kata kita sebagai usahawan kecil, malah Celcom, Airasia, Astro dan banyak lagi juga mengiklankan di FB.

Antaranya mengiklankan di ruang yang sudah disediakan (FB Advertising), membuat Page, menubuhkan group, melalui status, gambar dan nota (seperti ini).

Beberapa contoh promosi yang dianggap spam;
– Menghantarkan satu email iklan kepada seramai mungkin rakan-rakan FB sekaligus (contohnya, 1 email – 20 penerima).
– Terlalu kerap update status ke wall sendiri yang mengandungi iklan ke pautan affiliate dan sebagainya.
– Menulis mengenai iklan anda di wall rakan-rakan.
– Tag nama rakan-rakan di gambar anda yang mengandungi iklan.
– Tag nama rakan-rakan di nota anda yang mengandungi iklan.

Nota kaki:
Kalau rakan lama atau rakan baru yang sudah dikenali itu masih boleh dipertimbangkan (namun tidak digalakkan sama sekali). Tapi jika belum pernah bertegur sapa walaupun anda sudah lama add memang itu adalah spam.

Sebagai tambahan:
Anda boleh membaca ’21 tip pemasaran FB untuk usahawan’ di Blog Perniagaan Internet terulung ini;
http://blog.smartusaha.com/21-tip-pemasaran-facebook-usahawan/

=====================================================================
Newsletter terbaik hanya di www.keajaibanpenjimatan.com
=====================================================================

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: