Skip to content

Panduan Untuk Anda: 4 Kelemahan Utama teknik JV

Mac 7, 2010

 Iya.. memang benar teknik ini tidak memerlukan kos yang tinggi tapi sebaliknya anda perlu bersedia dengan hal-hal di bawah;

Persediaan rapi
Teknik JV memerlukan persediaan yang cukup teliti. Mesti menyediakan bahan promosi yang mencukupi seperti banner pelbagai saiz, sekurangnya 2-3 artikel untuk blog dan email follow up (sekurang-kurangnya 5 siri) merangkumi sebelum, semasa dan selepas pelancaran produk anda. Juga sila pastikan web anda berfungsi dengan baik, bandwith yang optimum dan paling penting ‘meta tag’ web anda sudah di-setting-kan dengan teliti untuk kegunaan SEO rakan-rakan JV anda!

Penguasaan bahasa yang baik
Jika email atau surat jemputan anda menggunakan bahasa rojak seperti kau, aku, gua, lu dan bro. Memang kemungkinan untuk jemputan JV anda diterima adalah amat tipis sekali. Tambah-tambah lagi jika anda belum mempunyai hubungan rapat dengan bakal JV. Susunan ayat anda mesti bagus dan tidak terlalu memaksa. Tunjukkan rasa hormat dengan tidak berlebih-lebihan untuk mengelakkan dicop sebagai pengampu.

Masa yang mencukupi
Ini memang amat mempengaruhi penerimaan jemputan. Anda harus menyediakan masa yang mencukupi kepada semua bakal rakan JV. Jika anda baru menjemput sedangkan produk anda akan dilancarkan esok. Itu memang tidak begitu wajar. Bakal JV mempunyai banyak komitmen lain jadi cuba selami situasi mereka sebaiknya. Mereka juga amat sibuk orangnya.

Pengurusan sedikit rumit
Maklumlah anda menguruskan manusia. Jadi kuasai seni perhubungan sosial dengan mantap. Bakal rakan JV adalah sedikit istimewa berbanding agen affiliate biasa. Jadi beri perhatian lebih. Permudakan mereka. Reka satu sistem pengurusan JV yang memudahkan anda menguruskan rakan-rakan JV itu.

P/s Jika anda dapat menampung ini semua dan menguasai kaedah JV dengan amat baik. 90% jualan sudah menjadi milik anda. Hanya perlu membungkus atau menguruskan penghantaran produk sahaja lagi.. Tidak kira anda usahawan online atau offline..🙂

P/s/s Dapatkan panduan penuh Joint Venture ini. Ia cukup teliti dan merangkumi semua aspek. Anda tidak perlu risau lagi jemputan JV anda ditolek lain kali..

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: