Skip to content

Sikap penentu kejayaan?

Mac 6, 2010

Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda lakukan, itu ialah sikap.
Einstein mengatakan ‘99% adalah penentu kejayaan atau kegagalan seseorang merupakan sikap’. Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu lakukan, jika mahu kejayaan.
Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja, apa juga yang anda buat, anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif.
Jika Peter bangun lewat misalnya, anda harus berfikiran positif dan berkata kepada diri sendiri “oleh kerana, hari ini aku terlewat bangun, sekarang aku perlu lakukan lebih daripada orang lain yang bangun lebih awal”.
Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif. Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha.

Antara latihan yang boleh dilakukan – tampal satu nota di dinding bilik tidur atau cermin dibilik air yang tertulis “saya mesti bersikap positif untuk berjaya”. Apabila anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa negatif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang lakukan dengan sikap yang diperbaharui.
Jika anda bersikap positif, semua perkara yang dilakukan akan menjadi lebih mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan “Saya mahu menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka!”.
Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.

P/s Kalau ada teknik lain yang anda tahu, saya suka mendengarnya untuk dikongsikan bersama pembaca lain. Boleh tuliskan di ruangan komen untuk kebaikan bersama.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: