Skip to content

Mitos RAHSIA Perniagaan Internet

Mac 4, 2010

Adakah rahsia itu wujud di dalam perniagaan Internet?

Jawapan cepat: TIDAK WUJUD.

Jawapan panjang lebar, artikel di bawah akan menerangkannya:

Seringkali begitu ramai orang mencari rahsia. Di sini saya tidak nafikan tidak salah menggunakan perkataan rahsia. Ia normal di dalam pemasaran. Namun, yang saya amat gusarkan adalah, minda kebanyakan orang iaitu keyakinan dan kepercayaan mereka bahawa, di dalam bidang ini wujudnya 1001 rahsia.

Mengapa saya mengatakan tiada rahsia untuk berjaya? Adakah mereka yang kita gelar sebagai otai, sifu, guru, pakar dan sebagainya itu banyak teknik rahsia sehingga mereka berjaya menghasilkan puluhan bahkan ratusan ribu? Sudah pasti tiada rahsia.

Alasan saya amat mudah. Lihat sahaja cara dan praktik yang mereka lakukan, ia hanya sekadar teknik, kaedah dan strategi yang semua orang tahu. Tetapi, mengapa mereka yang berjaya itu boleh berjaya, dan mengapa orang lain yang juga tahu tidak berjaya?

Sebenarnya, di dalam melakukan sesuatu kemahiran (skills), hanya satu sahaja yang akan menentukan kejayaan iaitu keberkesanan. Inilah rahsia yang sebenarnya. Sejauh mana ilmu yang kita tahu itu, dan sejauh mana praktik yang kita lakukan itu berkesan di dalam menghasilkan sesuatu keputusan yang terbaik?

Umpamanya begini sebagai analogi. Semua orang tahu mengenai bola sepak. Terkadang, si penyokong bukan main hebat mengkritik sesebuah pasukan atau pemain. Tetapi apabila diminta dirinya beraksi di padang, dirinya gagal, malah kecundang dengan mudahnya. Pelajaran pertama di sini, semua orang boleh tahu, tetapi tidak semua orang mampu melakukannya dengan berkesan.

Kedua, masih dengan analogi yang sama. Di dunia ini, begitu ramai orang yang boleh bermain bola sepak, tetapi seramai mana yang boleh menjadi pemain bola sepak yang terbaik di antara yang terbaik? Tidak semua orang. Kalau hanya setakat tahu, jangan impikan kejayaan yang luar biasa. Kita perlukan lebih daripada tahu.

Maka sebab itulah, ada pasukan bola sepak yang hebat, dan ada pasukan yang mudah kalah. Ini kerana, tahu sahaja tidak cukup, tetapi perlu menguasai kemahiran yang terbukti berkesan. Perlu tahu cara yang berkesan dan perlu tahu cara mana yang tidak/kurang berkesan.

Pendek kata, mereka yang berjaya itu telah tahu menggunakan pengetahuan yang mereka tahu itu dengan berkesan, sama ada melalui pembelajaran, percubaan sendiri, kajian dan juga pengalaman yang lepas.

Dalam konteks pemasaran internet, kita boleh contohkan seperti berikut:

Ali dan Abu adalah dua orang usahawan internet. Produk yang mereka jual adalah sama. Harganya sama. Teknik yang mereka gunakan adalah pemasaran emel (email marketing). Jumlah ahli (subscribers) di dalam autoresponder mereka adalah sama jumlahnya.

Namun, Ali lebih banyak mendapat jualan berbanding si Abu. Mengapa ini berlaku walaupun semuanya sama? Jawapannya telah saya nyatakan di atas iaitu Ali tahu bagaimana cara yang berkesan dan Abu pula tidak melakukan cara yang berkesan.

Cerita ini boleh kita simpulkan dengan pepatah rekaan saya ini: “Tidak guna mempunyai keris yang hebat, andai tidak mahir menggunakannya. Kelak, tertikam diri sendiri.”.

Kesimpulan di sini adalah:

1. Tahu sahaja tidak cukup. Perlu ada kemahiran yang baik dan berkesan apabila digunakan. Perlu tahu yang berkesan dan yang tidak berkesan. Utamakan yang terbukti berkesan dan jangan buang masa pada cara yang terbukti tidak berkesan.

2. Latih, latih dan latih secara konsisten agar kemahiran tadi menjadi darah daging kita. Tidak ada perkara yang lebih penting selain melakukannya. Jangan takut terbuat kesilapan kerana ia sebahagian daripada usaha. Mereka yang telah berjaya adalah kerana mereka tahu dan mereka bertindak (usaha). Itu sahaja.

3. Perlunya fokus kepada satu-satu teknik seperti mana yang saya nyatakan pada artikel sebelum ini. Tidak kisah banyak teknik, yang penting ia dapat dikuasai dengan baik walaupun tidak menyeluruh.

4. Belajar daripada mereka yang sudah tahu keberkesanan sesuatu teknik, strategi dan kaedah pemasaran atau promosi. Ini adalah jalan cepat dan mudah. Mungkin di sini kita perlu melabur sedikit kos untuk menyertai mana-mana seminar, bengkel, membeli e-buku dan sebagainya.

5. USAHA. Berapa ramai orang yang telah menemui rahsia tetapi TIDAK berusaha mempraktikkannya? Mereka terus mencari rahsia tanpa henti. Berniaga bukan untuk mencari rahsia, tetapi menggunakannya.

6. Maksud rahsia adalah perkara yang kita tidak tahu. Untuk mengetahuinya, kita belajar, membaca, mencuba dan bertanya.

7. Hapuskan kepercayaan bahawa wujudnya rahsia. Ia tidak wujud secara hakikatnya. Keburukan kepercayaan ini ialah menyebabkan kita terus mencari informasi kerana merasa belum cukup atau belum menjumpai yang sepatutnya, padahal ia sudah cukup untuk digunakan.

Bebaskan minda kita daripada permainan yang tidak akan berkesudahan ini. Daripada mencari rahsia orang lain yang belum pasti dapat diketahui, lebih baik kita mencipta rahsia sendiri.

Sekian.

——————

Artikel ini dipetik daripada www.smartusaha.com

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: