Skip to content

7 Panduan Kejayaan Joint Venture

Mac 2, 2010

1. Kenalpasti rakan JV – kenalpasti dengan siapa anda ingin berJV. Pastikan bakal rakan JV anda itu memiliki niche yang hampir sama dengan anda. Contohnya anda menjual ebook Panduan Affiliate, maka anda harus mencari rakan JV yang pakar dalam bidang affiliate. Jangan pula jemput IM yang nichenya dalam bidang lain seperi bidang pertanian.

2. Berkenalan dengan bakal rakan JV – sebelum menjemput rakan JV, adalah sangat digalakkan anda berkenalan dahulu dengan mereka. Pergi ke blog mereka, tinggalkan komen anda disetiap post beliau. Anda juga boleh email bertanyakan soalan – soalan yang berkaitan. Bukan itu sahaja, anda bolehlah bertanya khabar dengan niat untuk mengenali bakal rakan JV anda lebih dalam lagi.

3. Sediakan kertas kerja / proposal – ini penting bagi memaklumkan perancangan anda kepada bakal rakan JV anda nanti. Di dalam kertas kerja tersebut, anda boleh nyatakan bagaimana program JV anda akan berjalan, berapa komisen yang diberi dan sebagainya. Maklumkan semua yang berkaitan didalam kertas kerja ini. Dengan kertas kerja yang lengkap dan berinformasi, ia akan dapat menarik minat bakal rakan JV Anda.

4. Review – berikan produk anda untuk direview. Kenapa? Bakal rakan JV anda mahu pastikan produk anda memiliki kualiti demi menjaga nama baik dan reputasi mereka. Maka, setiap teguran dan cadangan mereka harus anda perhatikan dengan serius. Teguran mereka jika diambil serius, boleh menjadikan produk anda sangat berkualiti!

5. Bahan promosi – sediakan bahan promosi yang mencukupi. Jangan biarkan rakan JV anda itu susah dan tercari – cari bahan promosi. Permudahkanlah rakan JV anda, seperti menyediakan banner, artikel, laporan atau apa saja bahan promosi. Dengan itu, anda dilihat serius untuk berJV dengan beliau.

6. Sistem affiliate – pasangkan sistem affiliate, dan jemput rakan JV anda untuk mendaftar. Sistem affiliate digunakan untuk mengesan sebarang jualan yang dilakukan oleh rakan JV anda. Ia akan memudahkan anda untuk membuat pemasaran komisen.

7. Lancarkan! – umumkan kepada rakan JV anda tarikh pelancaran produk anda, dan lancarkan mengikutkan tarikh dan waktu yang ditetapkan!

Dengan mengikuti 7 langkah diatas, saya yakin anda pasti akan mendapat hasil yang memberangsangkan melalui teknik JV ini. Untuk lebih teliti, anda oleh lihat panduan lengkap dan terperinci mengenai kuasa pemasaran Joint Venture di blog kami – Julmazli Dot Com.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: