Skip to content

Perniagaan Internet Mana Yang Sesuai Untuk Anda?

Mac 23, 2010

Untuk memilih jenis perniagaan mana yang sesuai, anda perlu menimbangkan beberapa faktor. Antaranya :

1. Minat

2. Kemahiran @ Ability

3. Potensi

4. Komitmen Masa

Faktor di atas adalah amat penting untuk memastikan anda terus bermotivasi menjalankan perniagaan internet anda. Jangan melakukan sesuatu di luar kemampuan anda. Kalau anda boleh memulakan perniagaan yang berkaitan dengan minat anda, pastinya anda mempunyai momentum yang tinggi untuk pergi jauh dalam bidang tersebut.

Kemahiran pula anda boleh pelajari dalam proses menjalankan perniagaan internet itu nanti. Tapi, kalau anda memang dah ada skill tertentu, seperti expert dalam programming atau designing, memang anda terus boleh buat duit!

Potensi dalam sesuatu bisnes tu juga perlu anda timbangkan. Apakah group market yang anda hendak promosikan? Samada dalam Malaysia sahaja atau international.

Apabila anda mengetahui potensi sesuatu bisnes itu, maka anda boleh tahu sejauh mana bisnes anda boleh pergi.Planning adalah penting dalam sesuatu bisnes itu.

Komitmen masa juga perlu anda berikan perhatian. Berapakah masa yang boleh anda peruntukkan dalam sehari? Kalau anda masih bekerja, anda perlu memilih perniagaan yang tidak memerlukan komitmen yang tinggi.Mungkin hanya perlu 1-3 jam sehari. Tetapi, semakin lama anda buat bisnes internet ini, anda akan semakin mahir bagaimana untuk automasikan bisnes anda.

Apa yang anda perlukan sekarang ialah bertindak!. Saya sudah memberikan anda idea dan cadangan bagaimana untuk menjana pendapatan dari internet dengan kapasiti yang anda ada. Pilih la model perniagaan yang paling mudah dan senang di lakukan dahulu.

Selain dari idea yang saya terangkan di atas, sebenarnya anda boleh menjalankan apa sahaja perniagaan secara online di internet. Jual Kain Batik? Jual Tudung? Boleh, apa sahaja perniagaan anda boleh buat di internet. Internet ini sebenarnya hanyalah suatu medium sahaja.

Anda juga perlu melakukan promosi secara berterusan seperti mana perniagaan offline yang lain. Konsepnya sama cuma medium sahaja yang berbeza.Tetapi cara promosinya juga berbeza dengan perniagaan offline yang lain. Sekiranya anda mahir dalam bab marketing dan promosi ini, maka anda boleh menjalankan sebarang perniagaan di internet. Sebab itulah perniagaan internet ini juga sinonim dengan panggilan “Internet Marketing”.

Nak Jual Apa? Apa sahaja yang mempunyai demand di pasaran internet. Jual tudung online, batik, pakaian, dan apa sahaja.

Anda boleh menjual produk atau menawarkan servis seperti berikut :

Batik

Tudung

Baju

Aksesori

Insurans

Mendirikan free classified

Mendirikan website direktori

Ebook ‘How To’

Barang-barang terpakai

Buku

Handphone/Prepaid

Barang-barang komputer

Servis Terjemahan

Servis Web Designing

Servis Logo/Banner Designing

Video Creation Service

Potrait/Lukisan/kartun

Hosting/Domain

Cenderhati

Kraftangan

Sevis menulis salesletter – surat jualan

Ebook Tips & Rahsia

Secara ringkasnya, anda boleh menjalankan sebarang perniagaan di internet. Tetapi, pastikan produk atau servis yang anda tawarkan mempunyai permintaan di pasaran online. Lakukan promosi setiap hari.

Tinggalkan Komen

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: